Selangkah kehadapan dalam isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan [OSHE], Pejabat Pendaftar telah diamanahkan untuk mengadakan latihan pengungsian kebakaran bagi Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Latihan kebakaran atau latihan pengungsian bangunan ini merupakan aspek terpenting berkaitan keselamatan di tempat kerja dan merupakan aktiviti wajib buat oleh semua organisasi sekurang-kurangnya sekali setahun.
Diadakan pada 27 Feb 2103, latihan pengungsian yang diadakan buat kali pertama sejak hampir 3 tahun tidak diadakan, telah berjaya menarik perhatian semua staf di bangunan pentadbiran UTM atau kini dikenali sebagai Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim [BCSI]. Tujuan latihan pengungsian kebakaran ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada penghuni Bangunan BCSI tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana di BCSI. Ini penting untuk memastikan penghuni bangunan sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan disamping tahu akan tindakan segera yang perlu diambil dan maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala bencana berlaku.



