Thursday, August 12

Mesyuarat MBJ IPTA di UTM Johor Bahru

Mesyuarat MBJ atau nama penuhnya Majlis Bersama Jabatan telah berlangsung baru² ini (8-9 Ogos 2010) di UTM Johor Bahru yang telah dihadiri beberapa wakil IPTA termasuk daripada pihak kementerian sendiri. Mesyuarat ini antara lain adalah sebagai medium bagi menjaga kebajikan para pekerja.

Ingin info lanjut tentang MBJ? Klik saja Ingin Tahu MBJ 


Pada 8 Ogos 2010, sebahagian wakil di mesyuarat MBJ ini telah ke Tanjung Piai, Pontian sebagai satu lawatan muhibbah kepada wakil² IPT ini sebelum mesyuarat sebenar diadakan pada hari berikutnya. Kepada yang tidak pernah menjejakkan kaki di sana, mungkin anda rugi (sebab tak dapat bergambar dengan daun besar!) dan lagi anda pasti teringin untuk melihat bagaimana keadaannya tanah paling hujung di benua Asia. Agak menarik sebenarnya pemandangan di sana. Mungkin, ya mungkin juga - sebab saya sendiri belum berpeluang ke sana lagi :p. Jika berhajat ke sana, dapatkan maklumat di Tanjung Piai, Pontian.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails