Berlangsung di Lexis Hotel Port Dickson, pada 17 - 19 Januari 2013, staf pejabat Pejabat Pendaftar telah berkampung dengan satu tujuan untuk menyelaraskan perancangan strategik bagi tahun 2103 selaras dengan hala tuju universiti.
Hampir keseluruhan pegawai dan staf berkaitan iaitu kira-kira 50 orang terlibat secara langsung dengan bengkel perancangan strategik ini atau balance score card. Bengkel 3 hari ini bertujuan untuk menetapkan halatuju dan saasaran kerja yang perlu dicapai bagi setiap bahagian di Pejabat Pendaftar bagi tahun 2013.
Bagi memastikan hala tuju yang disasarkan selari dengan kehendak Universiti, Pejabat Pendaftar telah dibantu oleh wakil daripada Pejabat Hal Ehwal Korporat - Dr Nor Naha yang bertindak sebagai fasilitator sepanjang bengkel ini berlangsung.
Bagi memastikan hala tuju yang disasarkan selari dengan kehendak Universiti, Pejabat Pendaftar telah dibantu oleh wakil daripada Pejabat Hal Ehwal Korporat - Dr Nor Naha yang bertindak sebagai fasilitator sepanjang bengkel ini berlangsung.
Bengkel berakhir pada 19 Januari 2013 dengan perancangan keseluruhan bagi Pejabat Pendaftar dibentangkan kepada semua oleh wakil urusetia, Tn Hj Abd Jalel. Rumusan keseluruhan kemudiannya diulas oleh Dr Nur Naha sebagai memastikan setiap perancangan dilaksanakan dan diatur denga baik. Diharapkan dengan adanya bengkel ini, perancangan dan sasaran kerja bagi tahun 2013 dapat dicapai dengan cemerlang kepada Pejabat Pendaftar sendiri dan kepada Universiti Teknologi Malaysia keseluruhannya.
1 comment:
Grand Victoria Casino Hotel & Spa, Mount Airy - Mapyro
Grand Victoria Casino Hotel & Spa, Mount Airy, United States of America. Map. Grand 정읍 출장안마 Victoria Casino Hotel 영천 출장마사지 & Spa, Mount Airy, United States of 대전광역 출장샵 America. Map. Grand 순천 출장안마 Victoria Casino Hotel & Spa 아산 출장안마
Post a Comment