Buku Perutusan Dato' Naib Canselor telah dilancarkan baru-baru ini bersempena Perjumpaan bulanan bersama Dato' NC dan amanat tahun baru beliau. Edisi kali ini agak menarik kerana staf perlu membayar untuk mendapatkan buku berkenaan dengan nilai RM25 dan tidak lagi percuma seperti tahun-tahun sudah. Langkah awal ke arah mencorak minda staf UTM.
Banyak startegi-sttategi utama yang ditekankan di dalam buku ini dan yang pantinya, beliau mensasarkan prestasi kecemerlangan UTM pada tahun ini sehingga tahun 2020. Panduan utama dalam merealisasikan penanda aras yang tinggi oleh UTM adalah berpandukan kepada strategi dan konsep yang disarankan buku Blue Ocean Strategy (BOS) tulisan Dr. W. Chan Kim dan Renee Mauborgne.