Thursday, July 19

Program Membudayakan Al-Quran Pejabat Pendaftar [Julai/3 - 2012]

Alhamdulillah setelah beberapa kali membuat percubaan merakam program Membudayakan Al-Quran Pejabat Pendaftar, cubaan kali ini berjaya merakam dengan sempurna. Program yang diadakan secara mingguan di kalangan staf Pejabat Pendaftar ini dibuat setiap minggu pada hari Khamis jam 8-9 pagi. Program dimulakan dengan mentaranum [mengaji] surah tertentu, kemudian diikuti dengan penjelasan tajwid dan seterusnya tafsiran ayat bagi surah berkenaan. Dan jika ada keizinan, sesi soal jawab juga turut diselitkan dalam sesi selama sejam berkenaan.

Pada minggu ini surah yang dibaca dan ditafsirkan adalah Surah Al-A'raf daripada ayat 88-93. Dengar dan hayati tafsiran ayat tersebut, moga bermanfaat. [sesi taranum dan penerangan tajwid tidak dimasukkan. Untuk mempelajarinya, sila hadir ke program ini].


Insyal-Allah jika tiada aral, pada minggu hadapan akan disambung ayat berikutnya. Semua staf Pejabat Pendaftar dijemput hadir

2 comments:

Karisma Izzah said...

Sayangnya tak dapat view sebab youtube telah disekat disini.

Yuni
FTI

registrarutm said...

admin ada cuba nak upload di utmotion, tapi tak dapat nk login. Insyallah jika berjaya, akan diuplod di utmotion juga. :)

selamat berpuasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails