Monday, July 16

Semakan Keputusan Kemasukan ke UTM sesi 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan bagi calon lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ Setaraf boleh disemak melalui laman webU TM  www.jpt.utm.my. sebagai makluman semua calon yang berjaya adalah dimohon untuk memberi jawapan penerimaan tawaran sebelum 22 Julai 2012 (Ahad), manakala bagi calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara atas talian melalui web www.upu.mohe.gov.my mulai 13 Julai 2012 sehingga 22 Julai 2012.



Pendaftaran pelajar baharu UTM bagi kampus UTM Johor Bahru dan Kampus UTM Kuala Lumpur adalah pada 2 September 2012 (Ahad). Pihak Universiti amat mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu bagi sesi akademik 2012/2013. Tahniah kepada yang berjaya. Jumpa anda di UTM!

Semoga terus cemerlang.

2 comments:

Karisma Izzah said...

kan bagus kalau ada sistem macam ni untuk check sama ada dapat temuduga atau tak, berjaya dalama temuduga atau tak, mcm kt website SPP.

registrarutm said...

Terima kasih atas cadangan. Insyallah, akan dimajukan kepada pihak berkenaan untuk menambah baik mutu penyampaian berkaitan temuduga. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails