Monday, February 11

Pendaftaran Pelajar Pasca Siswazah Sesi 2012/2013

Pejabat Pendaftar sibuk lagi, kali ini dengan aktiviti pendaftaran pelajar Pasca siswazah [post graduate]. Untuk sesi pendaftaran pelajar, Bahagian Pengurusan Organisasi [BPO] yang telah diamanahkan untuk menguruskan kaunter kad matriks telah terlibat secara langsung semasa sesi pendaftaran pelajar post graduate ini yang diuruskan oleh Pejabat Sekolah Pengajian Siswazah.

Sesi pendaftaran yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar ini berlangsung selama 3 hari bermula 2 Februari hingga 4 Februari 2013. UTM yang pada masa ini sedang meningkatkan pengambilan pelajar pasca siswazah telah menerima pendaftaran pelajar baru seramai hampir 1000 orang. Pengambilan pada kali ini agak menurun sedikit berbanding tahun sebelumnya disebabkan yuran pengajian yang sedikit membebankan bakal-bakal penuntut. Fenomena ini [kenaikan yuran] bukan sahaja berlaku di UTM, malah turut berlaku di seluruh IPTA di Malaysia.



Disebalik sesi pendaftaran kali ini, salah seorang staf BPO En Che Azmi Che Embong akan meninggalkan BPO keran berpindah ke Pusat Islam. Ini merupakan sesi terakhir beliau bersama pasukan kad matriks. Beliau adalah staf yang telah lama berkhidmat di BPO untuk urusan kad matriks dan boleh dikatakan sebagai otai kad matriks - 20 tahun pengalaman untuk urusan kad matriks. Moga sumbangan selama ini diberkati oleh-Nya.

En Che Azmi, berdiri paling kanan.

Bagi unit urusan kaunter kad matriks, Bhg. Pengurusan Organisasi, segala urusan berjalan dengan baik tanpa sebarang rungutan dan aduan yang kritikal. Secara keseluruhan, sesi pendaftran berlangsung lancar bagi kesemua kanter dan kerjasama semua bahagian semasa sesi pendaftaran ini amat dihargai. Moga terus cemerlang pada sesi pendaftaran akan datang. Kepada yang bertugas, jutaan terima kasih diucapkan.!



1 comment:

Anonymous said...

Di mana nk tgk yuran terbaru ea?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails