Thursday, March 7

Latihan Pengungsian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim 2013

Selangkah kehadapan dalam isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan [OSHE], Pejabat Pendaftar telah diamanahkan untuk mengadakan latihan pengungsian kebakaran bagi Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Latihan kebakaran atau latihan pengungsian bangunan ini merupakan aspek terpenting berkaitan keselamatan di tempat kerja dan merupakan aktiviti wajib buat oleh semua organisasi sekurang-kurangnya sekali setahun. 

Diadakan pada 27 Feb 2103, latihan pengungsian yang diadakan buat kali pertama sejak hampir 3 tahun tidak diadakan, telah berjaya menarik perhatian semua staf di bangunan pentadbiran UTM atau kini dikenali sebagai Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim [BCSI]. Tujuan latihan pengungsian kebakaran ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada penghuni Bangunan BCSI tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana di BCSI. Ini penting untuk memastikan penghuni bangunan sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan disamping tahu akan tindakan segera yang perlu diambil dan maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala bencana berlaku.




Memandangkan BCSI didiami oleh pelbagai Jabatan dan bahagian, ini merupakan cabaran besar yang perlu dihadapi untuk kelancaran proses latihan ini. Latihan pengungsian bangunan kali ini tidak melibatkan pihak bomba dan penyelamat memandangkan pihak Jawatankuasa OSHE BCSI lebih melihat kepada pergerakan penghuni bangunan ke tempat berkumpul. Disamping itu, latihan juga bertujuan untuk memastikan pasukan petindak bencana [emergency response team] dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pasukan petindak cepat dalam membantu mangsa-mangsa yang mengalami kecedaraan semasa bencana.

Perancangan latihan telah dibuat sebulan lebih awal oleh jawatankuasa OSHE BCSI bersama ERT team dan kemuncak latihan yang diadakan tepat jam 2.50 petang telah berjaya mengumpulkan penghuni BCSI di Dataran Agora. Total masa yang diambil oleh penghuni BCSI ke tempat berkumpul adalah sekitar 4 minit dan keseluruhan masa diambil adalah 5 minit [termasuk pelawat/pengunjung yang datang ke BCSI]. Keseluruhan masa yang diambil menandakan proses latihan pengungsian bangunan tidak berjaya menepati piawaian yang mana, standard masa yang disasarkan adalah 3 minit.

Walaupun latihan tidak berjaya menepati standard yang ditetapkan, namun dengan adanya latihan ini setidak-tidaknya berjaya membuka mata penghuni BCSI untuk lebih berwaspada disamping membiasakan diri dengan laluan kecemasan dan tindakan segera yang perlu dilakukan semasa bencana. Sesi taklimat ringkas berlangsung hampir 45 mint dengan rumusan dan sedikit penerangan di buat oleh Timbalan ERT team BCSI, En Nasimin daripada Pejabat Bendahari dengan dibantu oleh En Hanan daripada Unit OSHE Universiti. Pada hari kejadian juga, rakaman proses latihan pengungsian bangunan ini telah dibuat oleh pejabat CTL dalam membantu pihak Universiti mewujudkan video berkaitan kesedaran keselamatan ditempat kerja untuk tatapan penghuni dan pelawat yang datang ke UTM.





foto oleh: Supandi & Redwan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails