Monday, March 21

2 Emas Pertama Team Pendaftar di USG 2011

GO GO PENDAFTAR!!

itu antara kata-kata semangat yang keluar daripada penyokong Pasukan Pendaftar yang datang pada Jumaat lalu (18Mac2011) bagi menyokong, bukan satu, tapi DUA pasukan Pendaftar yang berjaya ke peringkat akhir untuk 2 acara iaitu tarik tali dan bola jaring. HEBAT!!
sesi pemanas badan bersama 'jurulatih'


Bagi acara tarik tali, acara dimulakan diperingkat separuh akhir dengan Team Pendaftar bertemu CICT. Keputusan memihak kepada Pendaftar dengan 2 berbalas 0. Manakala bagi lawan seterusnya PHB bertemu FKKSA diperingkat separuh akhir. Diperingkat akhir, mengulangi pertemuan pada 2010, Team Pendaftar sekali lagi bertemu pasukan handalan PHB. Agak berdebar saat tali mula diangkat oleh kedua-dua pasukan. Dua-dua sama kuat, sama gagah, sama hebat. Aura penyokong juga tidak boleh dinafikan, amat tidak menghampakan! Cerita banyak pun tak guna, lihat aksi-aksi mantap kedua-dua pasukan beserta aura penyokong masing-masing.


Kesudahan berakhir dengan Team Pendaftar-2, PHB-0




Bagi acara bola jaring pula, Team Pendaftar telah berjaya keperingkat separuh akhir dengan bertemu pasukan F.Pendidikan (FP). Perlawanan amat sengit bagi perlawanan separuh akhir ini dengan kedua-dua pasukan kerap mendekatkan kutipan mata. Alhamdulillah, nasib menyebelahi Team Pendaftar kerana berjaya melangkah untuk kali pertama keperingkat akhir mengalahkan FP dengan perbezaan gol yang kecil. Ini seterusnya memperbaiki rekod tahun lalu selepas Team Pendaftar hanya berjaya keperingkat separuh akhir. 

"pembakar semangat"

Pada peringkat akhir, Team Pendaftar telah bertemu team kuat bola jaring iaitu Team Canseleri. Perlawanan berlangsung amat dramatik dengan kedua-dua kerap membuat serangan demi serangan bagi memastikan kejuaraan pasukan masing-masing. Team Canseleri ingin mengekalkan kejuaraan tahun lalu dan Team Pendaftar pula ingin melakar sejarah sebagai kejuaraan pertama. Jom lihat aksi-aksi mantap mereka...




Kesudahan perlawanan akhir Canseleri-6, Pendaftar,9. TAHNIAH! Perlawanan akhir yang menarik untuk kedua-dua pasukan. :)

1 comment:

Anonymous said...

mantap tuuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails