Tuesday, September 10

Sambutan Aidilfitri Pejabat Pendaftar 1434H / 2013

Sudah menjadi kelaziman saban tahun kepada kakitangan di Pejabat Pendaftar, UTM untuk mengadakan Majlis sambutan Aidilfitri peringkat Pejabat Pendaftar bersama seluruh kakitangan.  Berlangsung pada 3 September 2013 di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim majlis sambutan Aidilfitri diadakan bagi mengukuhkan ukhwah dan merapatkan hubungan antara staf di Pejabat Pendaftar.

Tuesday, July 16

Pra Audit Persekitaran Berkualiti Pejabat Pendaftar oleh MPC

Berlangsung pada 8 Julai 2013, Pejabat Pendaftar sekali lagi dikunjungi oleh juruaudit SIRIM sebagai persediaan untuk melihat sejauh mana persediaan Pejabat Pendaftar ke arah Pensijilan Persekitaran Berkualiti.


Monday, May 13

Lagi Kekosongan Jawatan di UTM [Mei 2013]

UTM pada masa ini sedang membuka lagi tawaran kekosongan jawatan untuk diisi oleh calon-calon yang berkelayakan.

UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.


Tuesday, April 30

Kekosongan Jawatan Bukan Akademik di UTM [April 2013]

UTM pada masa ini sedang membuka tawaran kepada individu yang dinamik dan berdedikasi untuk bersama-sama kami memacu kecemerlangan dalam sektor akademik di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Individu adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan bagi jawatan-jawatan berikut:



i. PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FA29)
ii. JURUTERA ELEKTRIK (JA41)
iii. PEMBANTU PERPUSTAKAAN (SA17)
iv. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN (SA17)
v. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (SA27)
vi. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (SA41)
vii. JURURAWAT (UA29)
viii. JURUPULIH PERUBATAN (UA29)
ix. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (WA17)
x. PENOLONG AKAUNTAN (WA27)

Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di laman berikut: hrfin.utm.my
 Semoga berjaya! :)

Wednesday, April 17

PINDAAN MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-50

Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan UTM telah bersetuju untuk meminda tarikh baharu Majlis Konvokesyen Ke-50 berikutan pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan tarikh Piliharaya Umum ke-13 Malaysia akan diadakan pada 5 Mei 2013.

Lanjutan daripada itu, tarikh baharu Majlis Konvokesyen Ke-50 dipinda daripada 6 Mei 2013 (Isnin) kepada 7 Mei 2013 (Selasa). Raptai majlis konvokesyen akan diadakan pada 6 Mei 2013 (Isnin) jam 2.00 petang bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web konvokesyen UTM di http://web.utm.my/convocation/

Sebarang kesulitan yang dihadapi berikutan pindaan tarikh konvokesyen ini amatlah dikesali.

Thursday, March 28

Jalan-jalan Petang Bersama Pendaftar 2013

Bertempat di Tasik Ilmu UTM JB, warga Pejabat Pendaftar atas anjuran Kelab Kebajikan Staf Pejabat Pendaftar [BAKUPEN] telah mengadakan program beriadah bersama Pendaftar. Aktiviti yang julung kali diadakan ini telah menarik sekitar 50 orang warga staf Pejabat Pendaftar yang berkelapangan untuk turut serta beriadah bersama Pendaftar UTM, Tuan Hj Wan Mohamad Zawawi Wan Abdul Rahman.

Tepat jam 5.20 petang, sebahagian warga Pej. Pendaftar telah berkumpul di dataran letak kereta Tasik Ilmu dengan aturcara program didahului dengan sesi regangan otot. Selang 10 minit selepas sesi memanaskan badan, semua yang turut serta mula bergerak dari tasik Ilmu melalui teratak Tasik Ilmu menuju ke Pusat Kesihatan Universiti. Para peserta turut dibekalkan dengan beg plastik hitam dengan tujuan dapat mengutip sampah-sarap yang kelihatan sepanjang laluan pejalan kaki.



Thursday, March 7

Latihan Pengungsian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim 2013

Selangkah kehadapan dalam isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan [OSHE], Pejabat Pendaftar telah diamanahkan untuk mengadakan latihan pengungsian kebakaran bagi Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Latihan kebakaran atau latihan pengungsian bangunan ini merupakan aspek terpenting berkaitan keselamatan di tempat kerja dan merupakan aktiviti wajib buat oleh semua organisasi sekurang-kurangnya sekali setahun. 

Diadakan pada 27 Feb 2103, latihan pengungsian yang diadakan buat kali pertama sejak hampir 3 tahun tidak diadakan, telah berjaya menarik perhatian semua staf di bangunan pentadbiran UTM atau kini dikenali sebagai Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim [BCSI]. Tujuan latihan pengungsian kebakaran ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada penghuni Bangunan BCSI tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana di BCSI. Ini penting untuk memastikan penghuni bangunan sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan disamping tahu akan tindakan segera yang perlu diambil dan maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala bencana berlaku.


Monday, February 11

Pendaftaran Pelajar Pasca Siswazah Sesi 2012/2013

Pejabat Pendaftar sibuk lagi, kali ini dengan aktiviti pendaftaran pelajar Pasca siswazah [post graduate]. Untuk sesi pendaftaran pelajar, Bahagian Pengurusan Organisasi [BPO] yang telah diamanahkan untuk menguruskan kaunter kad matriks telah terlibat secara langsung semasa sesi pendaftaran pelajar post graduate ini yang diuruskan oleh Pejabat Sekolah Pengajian Siswazah.

Sesi pendaftaran yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar ini berlangsung selama 3 hari bermula 2 Februari hingga 4 Februari 2013. UTM yang pada masa ini sedang meningkatkan pengambilan pelajar pasca siswazah telah menerima pendaftaran pelajar baru seramai hampir 1000 orang. Pengambilan pada kali ini agak menurun sedikit berbanding tahun sebelumnya disebabkan yuran pengajian yang sedikit membebankan bakal-bakal penuntut. Fenomena ini [kenaikan yuran] bukan sahaja berlaku di UTM, malah turut berlaku di seluruh IPTA di Malaysia.


Sunday, February 3

Kekosongan Jawatan UTM 2013 [Jan.2013]

Kekosongan jawatan di Universiti Teknologi Malaysia bagi tahun 2013 kini dibuka.

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.

Jawatan :

Bil. Tarikh Iklan Tarikh Tutup
Tajuk Jawatan Lokasi Taraf Jawatan
1 29-01-2013 11-02-2013
JURUTEKNIK (JA17) KUALA LUMPUR TETAP/KONTRAK
2 29-01-2013 11-02-2013
PENGAWAL KESELAMATAN (KP11) KUALA LUMPUR TETAP/KONTRAK
3 29-01-2013 11-02-2013
PEMBANTU TADBIR (P/O) (NA17) JOHOR BAHRU / KUALA LUMPUR TETAP/KONTRAK
4 29-01-2013 11-02-2013
PENYELIA ASRAMA (NA17) KUALA LUMPUR KONTRAK
5 29-01-2013 11-02-2013
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (NA17) JOHOR BAHRU / KUALA LUMPUR TETAP
6 29-01-2013 11-02-2013
PEKERJA AM (RA01) KUALA LUMPUR TETAP
7 29-01-2013 11-02-2013
PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (SA17) KUALA LUMPUR TETAP

Tarikh iklan : 29 Januari 2013.

Tarikh tutup iklan : 11 Februari 2013.
Nota : Permohonan jawatan adalah secara online application dipautan/link yang disertakan.


Pautan web : http://www.kl.utm.my/registrar/ @ https://hrfin.utm.my/smuhr/ @ http://news.kl.utm.my/

Monday, January 21

Bengkel Balance Score Card Pejabat Pendaftar 2013

Berlangsung di Lexis Hotel Port Dickson, pada 17 - 19 Januari 2013, staf pejabat Pejabat Pendaftar telah berkampung dengan satu tujuan untuk menyelaraskan perancangan strategik bagi tahun 2103 selaras dengan hala tuju universiti. 

Hampir keseluruhan pegawai dan staf berkaitan iaitu kira-kira 50 orang terlibat secara langsung dengan bengkel perancangan strategik ini atau balance score card. Bengkel 3 hari ini bertujuan untuk menetapkan halatuju dan saasaran kerja yang perlu dicapai bagi setiap bahagian di Pejabat Pendaftar bagi tahun 2013.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails