Monday, August 23

Polisterin oh polisterin... [isu bekas makanan]

Isu bekas makanan (poliserin & plastik) ini mungkin bermusim. Telah lama rasanya perkara ini diperkatakan. Mungkin kerana isunya kurang hangat dan kurang dibincangkan maka tak ramai yang sedar akan nilai² sivik terhadap alam sekitar dan kesihatan berkaitan bekas makanan ini. Kalau dijenguk di bazar² ramadhan dikala ini, WAH! rata² bekas polisterina ini bermaharajalela di gerai² bazar ramadhan. Harap tindakan segera perlu dilakukan. bukan untuk kebaikan diri kita saja, ahli keluarga kita juga.   


gambar hiasan
Di UTM sendiri, telah dikuatkuasakan 'pengharaman' penggunaan bekas makanan berbentuk polisterina di semua kiosk² dan arked gerai makanan diseluruh sistem UTM dan tidak ketinggalan, botol air mineral. Penguatkuasaan ini berbula penghujung tahun lalu (2009). Mungkin agak lewat, tetapi setidak²nya, bertindak adalah lebih baik daripada tidak berbuat apa² bukan? Perkara sama turut telah dilaksanakan di USM, UUM, UTP, UIAM dan beberapa IPTA lain.
Bekas plastik anti gelombang mikro

Hasil 'pengharaman' penggunaan bekas polisterin tu, pihak pengusaha kafe dibenarkan menggunakan bekas plastik anti gelombang mikro untuk membungkus makanan dengan harapan bekas tu digunakan semula. Daripada pemerhatian, tak semua bekas tersebut diguna semula. Ke tong sampah juga akhirnya. Jadi, kurang berjaya misi ini nampaknya.

Alternatif kepada permasalahan ini mungkin dengan memperkenalkan penggunaan bekas makanan mudah lupus daripada sisa pertanian (hampas tebu, ubi kayu, hampas kelapa sawit, dll). Inovasi ini telah diperkenalkan sejak kebelakangan ini oleh para akademik dan telah pun dikomesialkan, cuma sama ada anda sedar atau tidak sahaja.  Kos penghasilannya mungkin sedikit tinggi, tetapi fikirlah kesan positifnya. Jika bekas polisterin murah, tapi dikemudian hari anda perlu membayar lebih tinggi untuk kos rawatan kesihatan anda, adakah itu berbaloi?.

 
Menurut kajian, penggunaan bekas polisterin dan botol minuman (spt botol air mineral) boleh mengundang mudarat jika diulang guna. Kesan kepada manusia adalah berkaitan KANSER! Lelaki dan wanita adalah terdedah kepada bahaya ini. Untuk info tambahan, satu kajian terhadap bekas makanan dan penggunaan beg plastik telah dilakukan oleh pelajar UTM. Sila klik di SINI.

Jadi bekas apa yang selamat??

Botol kaca, itu paling selamat. Dan jangan terkejut, penulis pernah menegur seorang studen UTM membawa botol kaca sebagai botol minuman! Ya, agak berat untuk 'dipikul', tapi setidaknya studen ini tidak mengabaikan kesihatannya. 

Dalam memilih bekas makanan anda harus teliti akan aspek bahan tersebut. Anda mesti penah melihat tanda kitar semula dengan digit di dalamnya di bawah bekas makanan ini. Tidak pernah? Pastikan anda lebih terbuka mata selepas ini.  Digit² di dalam logo tersebut adalah mewakili kategori bahan bekas makanan tersebut. Untuk terperinci sila lihat gambar di bawah ini.

Tidak banyak dapat saya kongsi di sini. Banyak lagi info penting yang tidak saya muatkan untuk makluman anda semua. Insyallah akan saya kemas kini dari masa ke masa. Harapnya info yang disampaikan ini sedikit membantu anda semua.

Petang ni jika ke bazar Ramadhan pastikan pilihan menu dan bekas makanan anda tepat!! lagi bagus bawa mangkuk tingkat! peace! :p

7 comments:

dark am said...

plastik juga dikatakan penyebab kepada gelaja LELAKI LEMBUT... hahaha...fakta!

Anonymous said...

masalah genetik kot tue..:p

Rose said...

Dah ada pembekal bekas makanan dari hampas tebu dan ubikayu yg sangat mesra alam.tapi tak jumpa maklumat pembekal di internet.boleh sesiapa share kalau jumpa ye.

Anonymous said...

Mmg bgus skali penggunaan bekas makanan diwajibkan di seluruh kiosk,gerai makanan dan kantin di ipta2 utk kebaikan pelajar2 kita juga...tpi misi kita tkn trcapai seandainya tiada campurtgn sepenuhnya dr pihak2 trtentu trutamanya kerajaan...bgi sya utk mncapai misi 100% kerajaan kna MEWAJIBKAN penggunaan bekas mkanan mesra alam ini disemua sektor2 kerajaan spt kantin2 dihospital, dipejabat2 kerajaan, kantin dlm keretapi, dlm kpalterbg dn sbagainya...pihak majlis2 bandaran@perbandaran di seluruh negeri juga boleh memainkn peranan dgn mgenakan undang2 baru spt mewajibkan setiap peniaga yg trlibt dlm bidang makanan dan minuman utk mnggunakan bekas mkanan mesra alam ini sbagai stu lgi syarat mndapatkn kelulusn lesen utk brniaga...jika tindakn2 spt ini diambil sya amat yakin misi kita utk menyelamatkn alam sekitar dan mengawal penyakit2 brleluasa akan tercapai...

py.ejal said...

@Rose: ada satu pengilang di penang (jika tak silap)yang usahakan produk bekas makanan berasaskan sisa pertanian

APRICCO GLOBAL NETWORK said...

hai....saya pengedar bekas makanan mesra alam dan kami ada pelbagai jenis bekas makanan mesra alam sama ada dari keluaran tempatan mahupun import dar luar negara. Kualiti dan harga berbeza bergantung kepada teknologi yang digunakan. Bekas makanan kami daripada 'sugarcane baggase'dan yang terbaru adalh dari campuran sugarcane baggase dan oil palm fiber. Sila hubungi saya di email address ini: apricco.gn@gmail.com jika sesiapa berminat. Tq

fidelio International said...

slm..kami merupakan pembekal bekas makanan mesra alam (diperbuat dari hampas tebu). Jika berminat, boleh hubungi Fidelio International Sdn Bhd, di jalan tar, kl. +603 2697 0171/0172..email: fidelio@fideliointernational.com...tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails